Assalamualaikum guys...
Hey korang-korang yang tengah online.. i'm here now.. huhu..
Okey.. Post yang lalu Arie telah menceritakan pasal ayah kan..?? Kali ini Arie ingin menceritakan pasal ibu pula.. Apa yang korang tau pasal ibu korang..?? Mesti tak banyak yang korang tau kan..?? atau pon korang memang tak nak amik tau..?? haha..
Tapi Arie percaya yang baca di sini semua anak-anak yang baik kan..?? InsyaAllah... Amiiinnnn..!!!!
Okey.. Ape lagi.. Jom kite terokai.. *wah.. Bajet macam nk masok hutan pulak.. huhu..
IBU ADALAH PEMBOHONG..??
Inilah Fakta Pembohongan Dari Seorang Ibu Yang Wajib
Diketahui Semua :-
1.
Waktu makan, jika makanan kurang, ibu akan
memberikan makanan itu dan berkata, “cepatlah makan, ibu tidak lapar.”
2.
Waktu makan, ibu selalu menyisihkan ikan dan
daging untuk anaknya dan berkata, “ibu tidak suka daging, makanlah nak..”
3.
Tengah malam di saat ibu sedang menjaga anaknya
yang sakit, ibu selalu berkata, “istirahatlah nak, ibu masih belum mengantuk..”
4.
Disaat anak sudah tamat sekolah dan bekerja,
anak mengirimkan duit untuk ibu. Ibu berkata, “simpanlah untuk keperluanmu nak,
ibu masih ada duit..”
5.
Disaat anak sudah berjaya, si anak menjemput
ibunya untuk tinggal di rumah besar, ibu lantas berkata, “rumah tua kita sangat
nyaman, ibu tidak terbiasa tinggal di sini..”
6.
Saat menjelang tua, ibu sakit tenat, anaknya
akan menangis tetapi ibu masih boleh tersenyum sambil berkata, “Jangan
menangis, ibu tidak apa-apa.”
Ini adalah pembohongan terakhir dibuat oleh ibu. Tidak
peduli seberapa kayanya kita, seberapa dewasanya kita, ibu selalu menganggap
kita anak kecilnya dan risaukan diri kita tetapi ibu tidak pernah membiarkan
kita risau tentang dirinya.
Semoga semua anak di dunia ini, boleh menghargai setiap
kebohongan seorang ibu..!! Kerana ibulah Malaikat nyata yang telah dikirimkan
oleh Allah SWT untuk menjaga kita.. Cuma kita perlu menyedarinya sahaja sebelum
terlambat..
![]() |
" I LoVe U Forever and ever " Ibu lah kekasih hati angah sejak angah lahir hingga lah angah menghembuskan nafas yang terakhir... |
No comments:
Post a Comment