Sepuluh Golongan

Disebutkan oleh hadith Rasulullah SAW bahawa Sepuluh Golongan yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-

1. Segala Nabi
2. Orang Yang Berperang Kerana Allah (Jihad)
3. Orang Alim (Ahli ulama’ Yang Diredhai oleh Allah)
4. Orang Yang Mati Shahid (mati ketika berperang menegakkan Islam)
5. Orang yang Menanggung Al-Quran (Orang yang Menghafal ayat-ayat Al-Quran)
6. Raja Yang Adil
7. Tukang Azan (Bilal yang azan selama 12 tahun harus masuk Syurga)
8. Orang yang mati Ketika Nifas (orang yang mati bersalin)- Kelebihan kepada para Ibu
9. Orang yang dibunuh dengan zalim
10.Orang yang mati Hari Jumaat @ malamnya (jumaat)

Setiap Yang bernyawa pasti akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah yang akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa Yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya.” (Surah Ali Imran 3:185)

 
 

No comments:

Post a Comment