Ibu Adalah Pembohong..??


Assalamualaikum guys...



Hey korang-korang yang tengah online..  i'm here now.. huhu.. 


Okey.. Post yang lalu Arie telah menceritakan pasal ayah kan..?? Kali ini Arie ingin menceritakan pasal ibu pula.. Apa yang korang tau pasal ibu korang..?? Mesti tak banyak yang korang tau kan..?? atau pon korang memang tak nak amik tau..?? haha.. 


Tapi Arie percaya yang baca di sini semua anak-anak yang baik kan..?? InsyaAllah... Amiiinnnn..!!!!


Okey.. Ape lagi.. Jom kite terokai.. *wah.. Bajet macam nk masok hutan pulak.. huhu..



IBU ADALAH PEMBOHONG..??


Inilah Fakta Pembohongan Dari Seorang Ibu Yang Wajib Diketahui Semua :-


1.       Waktu makan, jika makanan kurang, ibu akan memberikan makanan itu dan berkata, “cepatlah makan, ibu tidak lapar.”

2.       Waktu makan, ibu selalu menyisihkan ikan dan daging untuk anaknya dan berkata, “ibu tidak suka daging, makanlah nak..”

3.       Tengah malam di saat ibu sedang menjaga anaknya yang sakit, ibu selalu berkata, “istirahatlah nak, ibu masih belum mengantuk..”

4.       Disaat anak sudah tamat sekolah dan bekerja, anak mengirimkan duit untuk ibu. Ibu berkata, “simpanlah untuk keperluanmu nak, ibu masih ada duit..”

5.       Disaat anak sudah berjaya, si anak menjemput ibunya untuk tinggal di rumah besar, ibu lantas berkata, “rumah tua kita sangat nyaman, ibu tidak terbiasa tinggal di sini..”

6.       Saat menjelang tua, ibu sakit tenat, anaknya akan menangis tetapi ibu masih boleh tersenyum sambil berkata, “Jangan menangis, ibu tidak apa-apa.”


Ini adalah pembohongan terakhir dibuat oleh ibu. Tidak peduli seberapa kayanya kita, seberapa dewasanya kita, ibu selalu menganggap kita anak kecilnya dan risaukan diri kita tetapi ibu tidak pernah membiarkan kita risau tentang dirinya.
Semoga semua anak di dunia ini, boleh menghargai setiap kebohongan seorang ibu..!! Kerana ibulah Malaikat nyata yang telah dikirimkan oleh Allah SWT untuk menjaga kita.. Cuma kita perlu menyedarinya sahaja sebelum terlambat..



“ Terima Kasih Ibu..!! Sayang Ibu.. ” Arie sayang ibu.. Korang..??

" I LoVe U Forever and ever "
Ibu lah kekasih hati angah sejak angah lahir hingga lah angah menghembuskan nafas yang terakhir...



Tentang Seorang Ayah..



Assalamualaikum..

Hai korang semua.. Dah lama Arie tak update blog nie kan..?? haha.. kalau lah blog Arie nie merupakan sebuah kotak yang terletak di dalam stor, for sure dah berhabuk dan bila dikumpulkan semua habuk tu sure boleh buat bedak baby johnson gamaknya.. tapi kalau korang pakai kompom2 la wangi yang teramat sangat.. huhu.. sebenarnya banyak yang Arie nak share kan dekat korang semua tapi almaklum la Arie takde internet dekat rumah.. terpaksa la lepak mane2 macam iklan dalam tv.. hihi.. but its oke.. itu tidak mematahkan semangat Arie.. chaiyok2.. okey.. hari ni Arie hendak share tentang satu cerita.. ceritanya berbunyi begini.. 
dum dum dum dum dum (bunyi drum).. haha.. 


Apa Yang Anda Tidak Tahu Tentang Seorang Ayah..??

Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari.. Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita.?? Ayah selalu tanya ibu, “ telefonlah anak kita tu.. tanya dia macam mana kerja..” Semasa kecil, ibulah yang lebih sering mendukung kita.. Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih, ayahlah selalu menanyakan apa yang kita lakukan seharian.. Saat kita sakit atau demam, ayah sering berkata “kan ayah dah kata jangan main hujan..!!”  atau “kan ayah dah bagi tahu jangan minum air sejukk..!! ”. Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau..?? Ketika kita remaja, kita meminta izin untuk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata “ TIDAK BOLEH..!! ”  Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita ?? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga. Saat kita sudah dipercayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya.. Maka ayahlah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau.. ayah marah kita.. tahukah kita yang ayah taknak apa-apa terjadi pada kita bila keluar lewat malam ? Setelah kita dewasa, ayah telah menghantar kita ke sekolah atau kolej untuk belajar.. Di saat kita memerlukan macam-macam, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi dan tanpa menolak, ayah memenuhinya.. Saat kamu berjaya, Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu.. Ayah akan tersenyum dengan bangga.. walaupun kadang-kadang ayah macam buat tak tahu.. tapi tahukah kamu sebaik kamu pergi, ayah ceritakan dekat ibu kekaguman dia terhadap kita ? Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah, Ayah sangat berhati-hati mengizinkannya.. Dan akhirnya.. Saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan kita.. ayah pun tersenyum bahagia.. Apa kita tahu, bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis ? Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia.. Dan dia pun berdoa “ Ya Tuhan , telah selesai dengan baik.. Bahagiakanlah putera puteri kecilku yang manis bersama pasangannya..”  Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk.. Dengan rambut yang memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita.. Itulah pengorbanan seorang ayah.. apakah kita masih belum sedar ? masih memandang kemarahan ayah itu alasan untuk kita bencikan dia ? percayalah.. dialah orang yang paling rindukan kamu walaupun kerinduan ibu lebih menyerlah, tak dinafikan kerinduan ayah terhadap kita mungkin melebihi kerinduan ibu dekat kita.. kita cium pipi ibu, ayah hanya tersenyum melihat.. Tahukah kita yang kita telah berlaku tidak adil terhadap ayah ?? apakah ayah tak layak mendapat ciuman sama yang kita berikan dekat ibu ? kamu lupa masa kamu kecil, ayah mendukung kamu dan mencium kamu ?

#fikir-fikirkanlah wahai kawan-kawan.. ayah dan ibu adalah segala-galanya.. janganlah sesekali abaikan mereka dan jangan sesekali membenci mereka.. apabila anda ditegur atau dimarahi kerana teguran mereka untuk kebaikan kita semua.. sayangilah mereka selagi mereka masih ada di dunia ini..

# i love my mom and my dad..






Politik...OoOoO0.. Politik...


UMNO..?? PAS..?? DAP.?? atau..??




Pada kali ini, Arie hendak kongsi sedikit cerita tentang POLITIK pada anda semua..

Semua orang tahu tentang politik kan..?? Justeru itu Arie hendak katakan beberapa perkara tentang  politik.. Seperti yang anda semua sedia maklum,negara ini memanglah negara demokrasi.. semua orang berhak bersuara.. semua orang berhak memilih... semua orang berhak membuat keputusan...
tetapi... yang membezakan antara kita ialah keputusan yang akan kita buat... haluan mana yang akan kita pilih... tidak salah untuk kita membuat pilihan sendiri... tetapi cubalah anda semua membuat yang boleh memberikan maanfaat kepada semua pihak dan bukan keputusan yang hanya untuk kepentingan anda sahaja...
Bukan Arie hendak membela mana-mana parti atau persatuan... Arie hanya mahukan keamanan.. satu negara yang dimana rakyatnya bersatupadu dan saling bantu-membantu.. 

Dari apa yang Arie dengar dari mulut orang, BN hebat dari segi pentadbiran... bermacam-macam yang telah mereka lakukan untuk membantu dan menaikkan pembangunan dalam negara... tetapi mereka kurang dari segi agama... mereka agak lemah dari segi agama... mereka kurang menekankan dari aspek agama... mereka lebih kepada pembangunan negara dan membantu rakyat... 

Kemudian, pandangan mereka tentang PAS pula, PAS lebih dari aspek keagamaan... mereka mementingkan tentang sahsiah diri dan pembangunan modal insan.. mereka terlalu ikutkan aspek keagamaan... sehinggakan mereka lemah dari segi pentadbiran.. 
TETAPI... bagi Arie,tidak kisah lah kita sokong mana pun.. kita haruslah seimbang dari pelbagai aspek.. Arie bukan lah hendah bermain dengan agama sebab Arie tidak pandai dan tidak hebat... tetapi sebagai seorang yang sudah baligh dan mampu berfikir, kita haruslah bijak membuat keputusan.. Jikalau kita kata BN hebat dari segi pentadbiran dan PAS hebat dari segi agama,kenapa tidak kita bergabung..?? kenapa harus kita bermusuh-musuh..?? bukan ini yang Nabi Muhammad mahukan...
Ustazah-ustazah Arie pernah bercerita dimana Rasulullah juga pernah bersabda, kita haruslah berpegang teguh pada agama ALLAH... TETAPI kita tidak hanya berpegang pada ukhrawi semata-mata... kita juga harus melihat pada duniawi juga.. apa guna nya Allah mengurnaikan kita nafsu kepada manusia..?? kenapa Allah mengurnaikan perempuan 9 nafsu lelaki 1 nafsu..?? kenapa kita tidak menggunakan dengan sebaik-baik nya..?? Kita mempunyai akal.. kita mampu berfikir.. YA.. memang semua orang ada keinginan untuk mempunyai kuasa... dari segi politik mereka mahukan kuasa untuk mentadbir.. dari segi individu, mereka mahukan kuasa kerana mereka mahukan kawan dan juga pengaruh... tetapi kenapa kita tidak boleh bersatu dalam satu negara..?? kenapa kita mahukan perpecahan..?? kenapa mereka mahu perbalahan..?? adakah mereka peristiwa 13 MEI berulang kembali..?? persoalan itu masih tertanya-tanya disejenak lubuk hati dan pemikiran Arie... AYUH kawan-kawan.. kita mampu mengubah segalanya... masih belum terlambat untuk mengubah apa yang sepatutnya kita ubah...


sekiranya PAS dan UMNO bergabung, 5 benda akan berlaku :-

1. KUBU ISLAM DI MALAYSIA BERTAMBAH KUAT
2. ORANG MELAYU AKAN BERSATU PADU
3. MALAYSIA AKAN AMAN
4. ANASIR2 JAHAT SUSAH UNTUK MEMECAHBELAHKAN KITA
5. ORANG KAFIR AKAN TAKUT KEPADA ORANG ISLAM DAN ORANG MELAYU

*bersatulah wahai umat ISLAM, bersatulah MELAYU, bersatulah PAS dan UMNO...




ATAUPUN...

Adakah kita mahukan perkara buruk berlaku di negara kita..??  Adakah kita mahu perubahan besar yang kita tidak ingini berlaku..?? Jadi kita haruslah hindari perkara seperti dibawah dari berlaku kepada kita..




Aku melihat orang Islam kian rapuh di tanah air ku, golongan yang tidak mempercayai ayat-ayat Mu sudah mula bersatu di tanah air ku... tapi ummat Islam di negara ku masih tidak sedar melayan hasutan syaitan untuk bermusuhan.
Sudah tiba masa, untuk golongan berpengaruh di Malaysia untuk bersatu kerana Allah. Menyebarkan berita-berita persamaan lebih, kurangkan perbezaan.
Lupakan sejarah sengketa lama, 
Di zaman Nabi Muhammad SAW, bila mana ada yang tidak percaya dengan ayat-ayat Allah,bagaimankah akhlak Baginda melayan orang tersebut?
Adakah Baginda menimbulkan suasana provokasi?
apakah Nabi Muhammad SAW pernah berhenti mentarbiyyah dan berdawah kepada mereka?
Adakah Baginda berputus asa dengan memberi macam-macam alasan yang berkaitan dengan sejarah Baginda atau memberi alasan mengenai umat-umat terdahulu?
TIDAK....BUKTInya ramai dikalangan kita semua sudah terima Kalimah Tauhid yang agung.

Tapi sedih, kerana ramai tidak menghargainya. kerana ramai dikalangan mereka menghargai "BENDERA parti" LEBIH daripada KALIMAH TAUHID yang agung.
Mereka susah nak rasa persaudaraan sesama Islam sebagaimana Rasulullah SAW dan para sahabat merasakan.
Yang ada, mereka suka melayan hasutan syaitan2 untuk ada sifat kebencian/provokasi untuk terus membenci dan membenci kerana berlainan "bendera". Sehingga mereka tidak sedar "golongan" yang tidak mempercayai ayat-ayat Allah sudah bersatu mengambil kesempatan.

INIKALILAH kita BERSATU kerana ALLAH!
INIKALILAH kita SEBARKAN PERSAMAAN kita DALAM MENYEMBAH ALLAH yang 1!
INIKAKILAH kita BERKASIH SAYANG MENGELUARKAN KATA-KATA yang BAIK!
INIKALILAH kita MENGAJAK PERKARA YANG BAIK dan MENOLAK PERKARA MUNGKAR!
INIKALILAH kita MENTARBIYYAH kepada MEREKA YANG MASIH KURANG ILMU dalam AGAMA!
INIKALILAH kita UBAH UBAH UBAH PEMIKIRAN YANG JUMUD DAN SEMPIT kepada PEMIKIRAN MENGAMBIL BERAT MENGENAI UMMAH di Malaysia dan DISELURUH DUNIA!
INIKALILAH kita SEBARKAN KALIMAH TAUHID!
INIKALILAH kita BERPEGANG kepada Al-Quran dan Sunnah KESELURUHANNYA!

"Jangan berputus asa kerana sikap sedemikian bukan akhlak Muslim" 




jika anda setuju like this page...
i'm not the admin.. but for kesepaduan UMMAH,FOLLOW this page... ^_^

pepatah baru..


" Lebih baik ada MUSUH yang mengaku dia BENCI kita daripada ada KAWAN BAIK yang mengaku SAYANG kita TAPI belakang kita KUTUK-KUTUK kita " - Amalina Basaruddin



Doa Pendinding

 
Doa Pendinding Bagi Wanita:
Doa ini bagus diamalkan oleh kaum wanita sama ada dewasa atau kanak-kanak untuk mengelak dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan..

Amalkan ayat penggerak 3kali setiap kali selepas solat subuh dan 3kali setiap kali selepas maghrib.. Baca juga 3 kali setiap kali nak keluar rumah..


بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE ,WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM

Doa di atas (ayat penggerak) bersumberkan dari hadis Nabi s.a.w bertaraf hasan yang diriwayatkan oleh Abu Daud,4/323,At-Tirmidizi,5/465 dan Ahmad)

Amalkan juga doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri..

اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ

DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA,WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya : Ya Allah,jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu,dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku,maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim"

(Riwayat Al-Bukhari)

Harap kaum wanita semuanya dapat hafaz dan amalkan doa ini selepas solat dan setiap kali nak keluar rumah..Tapi jagan amalkan doa ni saja sedangkan anda berpakaian menjolok mata..
 
 

Wear It Properly.. ^_^

 
 

Hukum memakai tudung menampakkan dada adalah haram
Menurut Ustaz Kazim dalam ceramahnya, wanita yang memakai tudung tapi menampakkan dada, lengan dan berpakaian ketat adalah HARAM. Bertudung seperti itu dipanggil Tabarruj (fitnah).
Jika kita menolak konsep menutup aurat, itu akan menjadi sebab untuk kita masuk ke Neraka. nauzubillah min zalik. Sekarang ni dah terang la bahawa hukum memakai tudung pendek menampakkan dada adalah haram.

Jangan Minum Air Panas Yang Akan Di Minum

JANGAN..!!!      JANGAN..!!!      JANGAN..!!!
 
NABI MUHAMMAD SAW melarang para sahabatnya meniup air panas yang akan diminum.

Baginda tidak menerangkan kenapa tapi baginda melarang keras hal tersebut. Ternyata dalam penelitian Sains, air panas (H2O) yang bertemu karbondioksida (CO2) yang dihembuskan oleh mulut (manusia mengeluarkan CO2).

Maka akan menghasilkan persenyawaan H2CO3, asam karbonat. Dan jika asam karbonat ini masuk ke dalam tubuh manusia, maka akan mengakibatkan penyakit jantung.